Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 14 July 2015

Kita Tahu Apa Najib Buat Minggu Lalu



Saya bercadang bercakap mengenai Najib, Felda dan FGV. Sesudah memusnahkan Felda, Najib mahu terus memperlekehkan warga Felda.
Sebelum itu, izinkan saya komen sedikit mengenai siasatan pasukan khas keatas skendel akaun Najib di Ambank.
Saya harap pasukan khas ini lakukan apa terbaik untuk kepentingan negara- bukan kepentingan Najib. Objektif kita ialah selamatkan negara- bukan selamatkan Najib dan UMNO. 
Negara tidak hancur lebur jika Najib tidak lagi PM. Yang menghancur leburkan negara ialah kepimpinan yang korap dan incompetent.Kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh crooks.
Najib boleh lari, tapi dia tidak boleh sembunyi selamanya.
Para pembaca budiman tentu sudah membaca kenyataan Najib bahawa dia yakin pasukan penyiasat khas akan membersihkan nama nya. Ini diikuti oleh kenyataan sokongan dari TPM dan beberapa menteri lain.
Kita semua tahu, ini semua kenyataan untuk menghiburkan diri sendiri. Jika pasukan penyiasat khas terdiri dari 4 Tan Sri yang duduk dibawah Najib membersihkan nama Najib, rakyat akan menghukum Najib dan 4 orang ini.
Sehingga hari ni- majority rakyat percaya itu adalah akaun Najib. Najib pun tidak menafikan nya- dia hanya kata duit itu tidak digunakan untuk  dirinya. Lain disebut, lain dijawab. Ini tipikal Najib. Orang ini tidak pernah boleh menjawab terus terang.
Jika demikian, nyatakan bagaimana duit itu digunakan?
Tapi bagaimana jumlah wang yang begitu besar boleh masuk kedalam akaun tanpa pengesanan dari bnm menjadi tanda tanya. Adakah Zeti Akhtar Aziz sudah di compromise?
Jika dapat clearance dari BNM , bererti Zeti bersubahat dalam suatu kes money laundering yang melibatkan PM Malaysia. The most honourable thing yang Zeti boleh buat ialah meletakkan jawatan sebagai Gabenor bank negara.
Mungkin juga membisu Zeti disebabkan khabar2 angin bahawa suami nya bawah siasatan. Ia berkaitan dengan kontrak mencitak note Ringgit Malaysia. Kedua, ada khabar angin yang menyatakan bahawa suami Zeti ada business deals dengan Jho Low.
Namapaknya, si Jho Low ini mengikat satu rangkaian tokoh2 dalam negara ini untuk memastikan scam untuk curi wang tidak di apa2kan.
Mengenai aliran keluar masuk wang, Najib memang boleh berdiam diri. Jelas sikap demikian kurang cerdik, sebab pembisuan itu tidak lagi dilihat sebagai elegant silence. Malah tokoh yang mempopuarkan frasa elegant silence itu sendiri, sekarang meminta Najib menjawab ya atau tidak.
Tun Musa Hitam pun tidak lagi yakin dengan Najib.
Dia tidak perlu jawab, maka rakyat berhak membuat konklusi mereka sendiri. Konklusi nya ialah Najib seorang crook dan negara kita diperintah oleh crooks yang berusaha mengukuhkan kedudukan dan mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.
Mengenai wang RM2.6 billion dan RM42 million dari SRC- sama ada ianya digunakan untuk tujuan peribadi, ianya hanya memerlukan pihak bank dan Bank negara mengesahkan perkara tersebut. Butiran transaski dan aliran keluar masuk wang dari akaun tidak dapat disorok.
Najib hendak lari mana? Jadi buat sementara waktu, dia menghiburan diri yang sedang gundah gulana.
Najib dengan warga Felda.
Hujung minggu yang baru ini, Najib berbuka dengan peneroka felda Chini 5. Bulan puasa pun mahu kelentong. menipu peneroka yang berminda lurus bendul, bukan sesuatu yang sukar. ia hanya memerlukan sedikit lakunan dan pemberian buah tangan. 
bab itu Najib memang terror. Itu cara tipikal Najib. Semua masalah selesai dengan bayaran wang. Mungkin ini sebab Najib ada keinginan kuat mesti banyak wang.
Jawapan nya sudah pun di jangka orang- duit itu digunakan untuk membeli kemenangan untuk UMNO dan BN. Ini menerangkan kenapa seorang pun menteri dan MP UMNO tidak berbunyi mengenai perara ini. MCA dan MIC dan parti komponen lain pun membisu.
Ini bererti kerajaan yang dibangunkan sekarang ialah sebuah kerajaan yang menang atas membayar dan merasuah pengundi.
Maka objektf kita lebih melaus- kita bukan sahaja melihat kepada usaha untuk dismiss Najib seorang, malahan keseluruhan cabinet nya. Kita mahu kerajaan baru.
Di Felda Chini 5, Pekan Pahang, Najib sekali lagi berbohong kepada warga Felda.  Syarikat milik felda, FGV yang disenaraikan, dan sekarang telah digantung/keluar dari penyeneraian, dikatakan masih ada prospeks.
Tolong aok beritau kawan prospeks apa?
Dan Najib mengaku bahawa jika EPF dan peneroka membantah, maka Felda tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat Eagle High.
Mari kita analisa satu persatu.
Apalah luar biasa nya FGV hendak memperluaskan bisnes perladangan? Bukan kah Felda Holdings buat kerja itu dahulu?
Kita expect FGV buatlah sesuatu yang luar biasa daripada yang tradisinya dilakukan oleh Felda Holdings. Jika FGV meniru apa yang Felda Holdings lakukan, apa special nya apungan FGV?
Special nya ialah apungan itu menghasilkan RM10 billion untuk diagihkan.
Kita tak tahu apa KPF dapat bila dia setuju pindahkan 51% kepentingan dalam FH kepada FGV?  Dengan pemindahan itu, Felda  memiliki 100% saham Felda Holdings yang diserapkan kedalam FGV. Bila saham dilanggani pada hari pertama atau bilamana semua saham dijual, yang dapat duit itu Felda. Ada Felda beri sebahagian kepada KPF?
FGV ialah 100% milik Felda. FGV pula memegang 49% dalam Felda Holdings yang ada banyak bisnes dan syarikat. Felda hendak senaraikan FGV. Tak bolehlah senarai jika pemilikan separuh separuh. Jadi kena paksa peneroka melepaskan 51% dalam Felda Holdings kepada FGV. Barulah FGV ada assets yang disatukan disamping bisnes dan asset nya yang berasingan.
Cuba peneroka tanya, bila lepaskan 51% dalam FH, apa mereka dapat? Adakah ketika itu mereka ada tempat dalam FGV? Kita hanya diberitahu, ketika itu, setelah diasak dan ditanya, mana kepentingan peneroka, Isa Samad kata ada peruntukan special 20% dari hasil apungan. Dividend dari apungan saya baca sebagai share dari hasil pengapungan lah. Susah nak baca otak Isa Samad.
Setelah di apung, Felda kutip RM10 billion, berapa peneroka dapat? Kalau 20% mesti ada RM2 billion. Mana RM2 billion itu? Ada dalam akaun KPF? Kalua ada, peneroka terima imbuhan atau tidak.
Kalau RM1 billion di bahagikan kepada 112,000 peneroka, setiap peneroka sepatutnya dapat RM9000 seorang. Saya tak dengar pun peneroka dapat RM9000 seorang jika RM1 billion diagihkan dalam bentuk bonus. 
Baru2 ini peneroka yang sokong FGV dapat bonus raya RM900. Jumlah mereka 98,000 orang. Ertinya sekitar 14,000 peneroka tidak dapat. Sudah tentu mereka ini golongan haramjadah.  Ini bahasa Najib Tun Razak.
Jadi apa special sangat dan apa prospeks FGV?
Yang melakukan bisnes perladangan dan perniagaan bersangkutan ladang sawit, selama nya dahulu ialah Felda Holdings. Mereka ada 360,000 lebih hektar ladang sawit, ada kilang perahan, ada kilang penapis, ada bisnes lojistiks, dan sebagainya. Dan mereka mengurus lebih 400,000 hektar ladang sawit milik peneroka.
Yang tidak pernah buat bisnes tersebut ialah FGV. Tapi FGV , 100% milik Felda ada 49% dalam Felda Holdings. Isa Samad berjaya auta peneroka supaya memindahkan kepentingan 51% kepada FGV.
Apa mereka dapat dari penyerahan tersebut? Kata nya ada 20% dividen dari hasil apungan. Jika 20%, dan hasil apungan ialah RM10 billion, KPF sepatutnya ada wang tunai sebanyak RM2 bilion.
Ada atau tidak? 112, 635 peneroka diseluruh negara mesti taanya perkara ini.
Dosa yang paling besar Najib dan Isa Samad lakukan ialah membenarkan FGV ambil alih bisnes asas Felda Holidngs. Masa depan felda holdings dan peneroka diserahkan kepada FGV. Sebagai imbuhan apa Felda dapat?
Felda dapat mengutip sewa sebanyak RM250 juta setahun untuk 99 tahun. Itu pun kadar sewa yang amat murah iaitu sekitar RM700/hektar. Secara bandingan Boustead sewa RM3000/hektar.
Dan suatu peratusan dari bisnes perladangan FGV. Kalau FGV kerugian sepanjang zaman- apa macam?
Yang tak pernah buat perladangan ialah FGV. FGV diujudkan untuk melabur dalam bisnes teknoloji dan di luar negara. Yang berladang ialah Felda Holdings dan Felda Plantations. Itu biasa kepada mereka.  Luar biasa hanya kepada FGV.
Kalau saya seorang peneroka, saya bengang dengan Najib. Menipu dan pedaah tak habis2.
Kata Najib: Walaupun saham FGV susut nilai, tapi FGV masih ada projek lagi. Kita tidak akan beli 37% kepentingan dalam syarikat kawan saya Peter Sondakh jika EPF dan peneroka bantah. Kita tak akan belanja RM 2.5 billion sebab kalau kita keluar wang banyak itu, kantong Felda hampir kering kontang.
Nilai permodalan pasaran atau market capitalisation felda/fgv hanya 34% sahaja berbanding dengan nilai ketika apungan 3 tahun dahulu. Ini bukan susut nilai yang sedikit. Ini kejatuhan yang besar. Susut nilai sebanyak 66% bukan kecil kecuali Najib ingat peneroka Chini 5 bodoh belaka.
Kita tidak hendak dengar alasan tok nenek mengenai pasaran itu dan ini. Semua faktor ini diambil kira dengan analisa yang canggih semasa hendak pengapungan dahulu. Pembeli potential bukan main lagi dinyanyikan lagu yang muluk2. Akhirnya yang membeli ialah pembeli institusi dan pembeli runcit.
Apungan fgv menghasilkan RM10 bilion untuk felda. Daripada jumlah ini berapa Felda dapat, berapa KPF dapat? Setelah apungan , kepentingan peneroka melalui ejen2 mereka berapa? Berapa KPF dapat? Free atau kena beli? Berapa FAHC dapat- ini suatu entity pasca apungan yang dicipta khas untuk menjaga kepentingan peneroka.
Bolehkah mereka menguasai felda dan FGV.
Saya tanya soalan ini ialah kerana jika jawapan nya boleh, maka peneroka mesti mengambil langkah membeli kesemua saham termasuk yang tidak dijual oleh FGV kepada awam iaitu 40%.
Dengan felda2 sekali beli dan letakkan sumber pengkayaan iaitu bisnes felda dalam tangan peneroka. 
Inilah cara mengukuhkan ekonomi bangsa Melayu. 

12 comments:

Anonymous,  14 July 2015 at 11:35  

You can fool some people sometimes,
You can can fool all the people sometimes.
Najib can fool all the rural Malays all the time.

mansor 14 July 2015 at 11:49  

demikianlah mahalnya harga yg dibayar bila menjadi tiada berilmu..........MELAYU akan kekal ketinggalan kerana yang diamanahkan membina tugu bodoh dalam minda melayu....

Anonymous,  14 July 2015 at 13:38  

Kita semua doakan karma dijatuhkan pada Najib & crook-crooknya yang lain secepat mungkin supaya Malaysia dapat diselamatkan.

Unknown 15 July 2015 at 02:54  

Kalau saya Najib, saya akan hantar dokumen 2 yang boleh menyebabkan kerosakan keatas diri saya untuk disimpan di tempat yang selamat. Kalau dalam negera...mungkin di Istana yang sultan nye 'sporting' (kalau ada Sultan yang demikian di Malaysia ni). Tak pernah lagi Istana di digeledah Polis.

Kalau dalam negara tak ada tempat selamat, Simpan kat kawan kawan di luar sana.Kat China ke Hong Kong ke atau kat besan....Kharzahtan.

Nak musnah kan pasti ada phrasa2 yang penting demi pemilikan atau pembahagian....


Kepada yang menyiasat.... anda lebih kearah GAGAL.!!!

Anonymous,  15 July 2015 at 05:33  

Borhan Sharif, kat Bugistan paling selamat!

Anonymous,  15 July 2015 at 08:14  

Tengku Li said it:
The Gua Musang MP and Barisan Nasional backbencher said those in the know about the country's problems should stand by their principles and help in resolving them.
"We earnestly hope that there is still honour left in our beloved country and that there are honourable men who have the relevant facts to put the matter to rest," he said, in a veiled remark aimed at authorities looking into various controversies plaguing the country including, debt laden 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"They should stand fast by their principles and take the moral high ground to assist in the resolution of the problem.
"If this was the case, surely there is no necessity for us to waste time instituting inquiries and investigations. “Knowing the facts and the problem but not telling the truth is not an option," he said.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/not-telling-the-truth-is-not-an-option-ku-li-tells-those-in-the-know-of-mal#sthash.V0n6oe7y.dpuf

So the 4 Tan Sris in the special task force, pls take heed. Pls don't waste your time and resources going after "whistleblowers".
Your scope and responsibility is to go after the real "criminals" and uncover the truth for the rakyat. The rakyat demands no less.
Dr Mahathir Mohamad had earlier said that covering and hiding of evidence were also considered as crimes.

Anonymous,  15 July 2015 at 10:17  

Sorry if you are a producer and director of a film you can fool all the people all the time. Just joking.

Anonymous,  15 July 2015 at 16:13  

Kami tak paham sangat ayat2 penjelasan yang datuk pakai. Kami para peneroka nak sangat2 duit rm9,000 dari untung 20% tu. Raya tahun ni kami naklah merasa duit tu. Semua barang mahal tok. Dapat rm900 macam tersangkut celah gigi saja.

Datuk pandai mengayat pasal saham2 ni. Dulu kami dengar dan terima saja orang2 pandai datang cerita bab untung kalau main saham. Alih2 dengar kata kami dapat rugi besar. Allamak! Boleh bengrap ke kami ni tok? Datuk tolonglah kami, kami betul2 takut. Nanti jadi hamba hutang sampai anak cucu. Kami yang tua2 ni mati dalam berhutang pun terpaksalah terima. Apa nak buat. Sudah takdir. Yang kami tak terima kalau anak cucu kami juga menanggung hutang.

Tolonglah datuk. Kami dah tak kira apa parti sekarang ni. Kami nak orang2 jujur macam datuk datang bantu kami di felda2 ni. Kami hanya rakyat kecil. Pandai main cangkul dan penyodok saja. Orang2 pandai datang dari kl minta itu ini, kami pun turut saja. Kami terpaksa terima kerana mereka ketua kami sejak zaman aruah tun razak lagi.

Kami dengar tok najib ada banyak duit. Minta tolong tok najib cari jalan bawa untung kepada kami. Gunakan duit bilion2 tu untuk ringankan kesusahan kami. Kami minta itu saja. Pada zaman aruah bapa dia habis duit billion2 buat felda. Pada zaman anaknya ni tolonglah bantu kesusahan kami pula. Benar tok. Ada kawan2 kami ni berhutang ratusan ribu seorang. Menguruskan tanah tanah dalam hutan tempat jin bertendang pun kena berhutang sampai macam tu sekali..

Kami nak hidup sebagai rakyat sama rata. Sama2 dapat pembelaan masa susah dan senang. Semua fikir masa depan. Bila habis bekerja di kebun, kami tak fikit lain melainkan hal masa depan anak cucu. Sekarang rata2 kami menangis senyap2 dalam hati. Siapalah nak tolong kami.

Tolonglah kami datuk..

Tinta Hitam,  16 July 2015 at 22:03  

Datuk,
Nak buat mcm mana..Mmg peneroka Felda suka kena tipu..Cuba kita.bagitau pd depa Najib tipu depa.Silap hari bulan parang panjang hinggap ketengkok..

Inilah dilemma melayu..

Anonymous,  17 July 2015 at 11:45  

In another twist to the Justo story carried in the Singapore Straits Times,
Thai police spokesperson Prawuth Thavornsiri said Justo claimed he had sold the information to members of the group after he failed to blackmail PetroSaudi for 2.5 million Swiss francs in exchange for not releasing the information.

"Many people, about 10, from the media and from political circles, even from the same party as the (Malaysian) prime minister," he was quoted telling the Singapore daily.
Prime Minister Najib Abdul Razak is also Umno president.

According to the report, Prawuth declined to identify the 10 involved but said the negotiations to buy information from Justo had taken place in both Singapore and Thailand.

Well, when it was initially reported (if the report was correct) that Justo met some oppo politicians and SR in Singapore, the Umno people and certain authorities immediately concluded that the documents were not genuine.
Now, what will they do since one of the buyers is reportedly an Umno member?

The thing is Justo has denied tampering with the 1MDB documents, and that means the 1MDB documents he allegedly admitted to trying to sell to PetroSaudi were not tampered with. Eggs on the Putrajaya's and 1MDB faces.

Dato, this reinforces your point, and Walla's too ! Is there more to the story, let's see how it unfolds. Truth will come out every time, sooner or later.

Anonymous,  18 July 2015 at 10:39  

Cops: Opposition figure who met Justo identified.

Just to put things into their proper perspective, these extracts below are what some commentators wrote in MKini, and further clarification from the authorities are welcome.

.... Even if these individuals met former PetroSaudi International director Xavier Andre Justo, so what?

Is there a law preventing anyone from meeting him? If he agreed to sell his information, it is on the basis of "willing buyer, willing seller".


..... Excuse me, since when is it a crime to meet with someone to find out if there is corruption in government agencies?

They are always chasing after ghosts and mangosteens, while real criminals are stashing away their loot in Timbuktu.


....Perhaps it is time for you (IGP) to state categorically to the nation what your prime objective is with regards to the current 1MDB cum Najib’s RM2.6 billion probe - to uncover crime and nail the culprit, or to hunt down whistleblower and plug leakages of evidence of crime.

...... Khalid seems to be implying that whoever had come into contact with or seen whistleblower Justo, must have then committed a crime or be involved in some sinister plot to oust someone.

....Yes, it's not a crime to meet with Justo. I don't know what the fuss is all about, unless colluding in tampering with evidence can be proven. As a concerned Malaysian, I would like to meet Justo too.

.... IGP, don't put the cart before the horse, get on with your investigations professionally. Most Malaysians will gladly contribute some money to pay Justo if he has evidence of corruption of this magnitude.

Anonymous,  18 July 2015 at 23:56  

Tepat. sekali Tua Mansur . Yang lebih menakutkan saya kira sudah 3 generasi telah rosak pola pemikiran akibat yang mana perasuah dan abuse of power adalah halal. salam

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP