Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 19 February 2015

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 2



Kita siarkan bahagian ke2- terjemahan dan interpretasi tulisan walla. Naratif asas dari tulisan Walla tapi diperlakukan rekonstruksi oleh saya.
Bahagian ke-2.

Apa jawapan nya? Yakni apa puak pro UMNO akan terangkan kepada rakyat, apa sebenarnya yang Anwar telah lakukan?
Benarlah kerajaan bagi pihak budak yang bernama Saiful, berjaya menjelkan Anwar atas pertuduhan  Anwar tidak mendisiplinkan konek nya supaya hanya  menyinggahi pelabuhan perempuan- perkara itu, sama ada fakta atau karangan, akan didebatkan tidak henti henti.
Mungkin mahkamah yang bebas dari motivasi politik akan menghasilkan keputusan yang lain. Contention dan keperayaan puak pro Anwar ialah, keputusan yang dibuat hari ini, ialah kerana pendakwaan Anwar adalah suatu yang di motivasikan oleh kepentingan politik.
Yakni, Anwar mesti dibenam dengan apa cara sekali pun, kerana Anwar itu seorang insan yang bahaya yang mengancam keberadaan UMNO. Kelantangan Anwar mengecam  dan mendedahkan pelbagai bentuk kezaliman dan tyranny , menakutkan mereka yang berkuasa.
Objektif politik, ialah mendapat dan mengekalkan kuasa. Ini ada seorang insan yang menggugat kelansungan hayat pemegang kuasa , maka segala usaha mesti dilakukan untuk menyekat si bedebah Anwar.
Masaalah nya ialah: jika Anwar diketepikan, adakah misi mereka yang sepemikiran Anwar akan undur? Jawapan nya seperti yang selalu di laungkan oleh Anwar- lawan tetap lawan.
Saya telah menulis dalam satu artikel terdahulu, bahwa kita tidak perlu sayang atau cintakan Anwar untuk bersetuju bahawa apa yang Anwar suara dan juarakan- yakni melawan kezaliman mesti diteruskan. Kita tidak perlu sukakan Anwar untuk bersetuju misi yang dijuru-bicarakan Anwar dengan lebih baik dari orang lain, mesti kita dukung secara berterusan.
Buat waktu ini, puak pro UNO telah berjaya menjelkan Anwar dengan bersenjatakan pendakwaan yang berterusan yang bermotif politik. That Anwar’s prosecution is politically motivated tidak dapat diselindung lagi. 
Jika tdak di motivasikan oleh politik, bagaimana kita terangkan lantikan Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya menggantikan Ghani Patail yang sudah di discredited sebagai AG dan dokongan seluruh jentera kerajaan keatas pendaakwaan Anwar?
Atau kenapa kerajaan menggunakan segala sumber yang ada pada nya untuk mengenakan Anwar jika ini kes mudah? If it’s an open and shut case, why devote all resources to convict Anwar?
Jika bukan politically motivated, bagaimana kita terangkan betapa bernafsunya puak anti Anwar ini, sesudah Anwar dijelkan, mahu menjelajah negara menerangkan kes sodomi 2 ini?
Tapi- silakan.
Kita sangat mengalu ngalukan KJ dan bala tentera menjelajah seluruh negara dan mendidik rakyat terutama nya orang Melayu apa yang Anwar telah lakukan? Itu hanya akan megejutkan naga yang sedang tidur.
Nyatalah, Malaysia negara tersayang kita,  mempunyai penghormatan yang dubious sebagai satu2 nya negara yang meletakkan masa depan nya dengan bergantung kepada keadaan lubang punggung seorang manusia!. Tambah pulak dengan negara ini dipimpin oleh PM yang paling lembab kita ada sejak Tunku Abdul Rahman.
Sayang sekali, puak pro UMNO yang anti Anwar ( kerana mereka hanya membenci Anwar)  dengan sikap mereka sebagai omnipotent moral busybody, tidak mampu memberi jawapan apa2 kepada rakyat.
Mereka tidak ada jawapan lain selain mengkakak-tuakan bahawa Si Anwar itu peliwat. Ramai peliwat di Malaysia, tapi hanya Anwar yang kena.
Jangan kita harap apa2 jawapan daripada gerombolan yang hee-haw macam badut2 dalam perhimpunan agung umno. Mereka telah lama menguburkan suarahati mereka untuk mengejar kepentingan peribadi yang bertopengkan slogan AlifBaTa  serta mengUMNOfikasikan Malaysia dengan mengorbankan negara ini dan memusnahkan nilai2 orang Melayu. 
Adakah orang Melayu akan terus sanggup diperlakukan sebagai 'useful fools' dan 'useful idiots'? 

9 comments:

Anonymous,  19 February 2015 at 11:24  

Dstok Sak,

2 tahun lepas sorang budak lelaki berumur 13 tahun menangis menderita kerana diliwat sorang lelaki menyamar polis di PJCC Taman Medan, Petaling Jaya. KIsah ini terpapar dalam akhbar. Membandingkan umur mangsa liwat ini dengan usia Saipul yang mendakwa diliwat Anwar, sudah pasti jurangnya jauh berbeza. Seorang itu masih diperingkat budak dan sorang lagi telah dewasa malah tinggi gagah.

Begitu juga jika membandingkan kedua mangsa dan peliwat. Dalam kes liwat bidak di PJ itu, mangsa masih kanak kanan telah diliwat oleh seorang anak muda yang usia belia dan tentulah khudratnya jauh melebihi mangsa. Sedangkan dalam kes liwat Saiful itu, mangsa adalah muda belia dan segak bergaya berbanding peliwat yang sudah tua malah mempunyai sejarah sakit tulang belakang.

Ketika budak berusia 13 tahun itu diliwat, dimana pembela dan pejuang keadilan yang bernama Najib Razak, Shafee Abdullah, Khairi Jamaludin mahu pun pemimpin UMNO lain ketika itu?. Kenapa kanak kanak yang belum pun sepenuhnya akil baligh dan diliwat pula tanpa KY Jelly tidak langsung mendapat pembelaan mega seperti mana yang diberi oleh Najib, Shafee dan KJ kepada Saiful yang kononnya diyakini diliwat Anwar?. Bukankah kanan kanak tersebut lebih berhak dan layak diberi pembelaan lebih oleh para pejuang keadilan yang terdiri dari menteri dan peguam UMNO BN?. Tidak kah kanak kanak mangsa liwat itu juga seorang melayu seperti melayhu UMNO BN?.

Nampak sangat betapa haram jadah dan mengarutnya perangai menteri menteri dan peguam dari parti melayu berkarat ini, Jiwa dan hati puak UMNO ini benar2 berkarat hingga tidak dapat membezakan mana yang perlu didulukan dan patut diberi lebih perhatian. Tak payahlah para menteri dan lawyer UMNO yang kononnya merasa cerdik itu untuk terus kelentong rakyat Malaysia kerana mereka tidak sebodoh dan sedungu seperti yang difikirkan kelompok yang berkomplot dan berkonpirasi iaitu hangpa semua. Yang jelas dan makin terbongkar hari ini ialah hangpa selaku menteri dan lawyer UMNO telah membodohkan diri sendiri untuk menegakkan benang yang basah. Jangan salahkan rakyat kerana tidak percaya hangpa kerana kebodohan dan kebangangang hangpa semua sudah ditahap super. Hangpa dah tak ubah macam babi yang cuma pandai menyondol sana sini mengharapkan rezki.

Tinta Hitam,  19 February 2015 at 12:20  

Ye 60% org2 melayu akan berterusan menjadi "useful idiots" kepada UMNO...

Anonymous,  19 February 2015 at 14:57  

Apa yang Anwar telah lakukan? Shafiee kata Anwar picit punting tetek Saiful. Bukti? Saiful bagi tau Shafiee. Tak caya? Tanya hakim2 mahkamah persekutuan, Saiful is a credible witness.
Malaysia oh tanah air ku..

Pok Li

Anonymous,  19 February 2015 at 15:56  

Saya setuju bakal AG Shafee Abdullah dan KJ buat roadshow 13 negeri utk beritahu rakyat bhw Anwar bersalah.

Kena bawa Saiful serta carta, video, youtube dll supaya mudah sikit org faham bgmna Saiful diliwati.

-Mula-mula KJ buat ucapan mukaddimah, sebab2 mengapa roadshow dibuat.

-Lepas tu Shafee beri latarblkg cerita Liwat 1 dan 2 dan highlight kes (45 min-60 min).

-Lepas tu Saiful cerita secara detail satu persatu mengenai 9 kali liwat ke atasnya (2 jam atau 13 min utk satu liwat).

-Lepas tu adakan Q & A (sesi soal jawab) dgn penonton (30 min).

-Lepas tu jamuan makan sebelum bersurai.


Jika diiklan dan rancang dgn betul, ramai org akan datang tengok. PMO boleh urus public relations dan RTM urus siaran langsung.

Anonymous,  19 February 2015 at 18:58  

Ni Zaid Ibrahim cakap hari ini:

"Our judges are decent and honest characters; and our Chief Justice Tun Arifin Zakaria is a man of the highest integrity and honour. I believe all the five judges decided to convict because they honestly believed the evidence warranted such a decision".

Sori lah Zaid, orang tak percaya dan tak hormat sapa-sapa lagi dah. Semua dah rosak, tunggu runtuh saja setahun dua lagi.

Anonymous,  19 February 2015 at 19:29  

Tapi RPK confirm UMNO PAS dan PKR ada cakap cakap di London. Kata na ada unity government.

Firestone 19 February 2015 at 21:07  

Kenapa tiada tindakan diambil terhadap Abdul Razak Baginda yang telah mengaku beliau mempunyai hubungan seksual (sexual affair) dengan mangsa Altantuya Shaariibuu? Bukankah zina itu satu kesalahan yang amat serius dari segi agama, Dato? Why the double standard?

Anonymous,  19 February 2015 at 22:01  

Malaysia is unique, tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara lain.

Only in Malaysia: selepas DSAI dipenjarakan, Shafee melancarkan "road show" nya !





Phua Kai Lit



Firestone 20 February 2015 at 02:23  

Kenapa Presiden MCA Chua Soi Lek tidak di saman dibawah Seksyen 377C saperti Anwar Ibrahim kerana dia terlibat dalam "oral sex" dengan seorang gadis bukan isterinya dan dia mengaku dia pelakon dalam video yang dibongkarkan? Menururt Seksyen 377C "oral sex" juga sama dengan liwat dan kedua-duanya salah dibawah Undang Undang Penal Code Seksyen tersebut.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP