Sunday, 13 July 2014

Raub yang lagi Satu ( The Other Raub)



 



 



 

 







 wajah2 Raub yang Satu Lagi.
 
Sejak beberapa hari yang lalu saya dan rakan2 menjalankan operasi menghantar sumbangan bulan ramadhan. Matlamat nya ialah untuk menyampaikan sedikit sedekah. Disamping mendatangkan sedikit keceriaan dan menunjukkan kepedulian kita kepada anggota masyarakat, kami mengharapkan habuan pahala dari Allah.
Ini bukan mahu menunjuk nunjuk. Bahkan saya mengalu ngalukan rakan2 dari UMNO yang mempunyai sumber dan tenaga yang jauh lebih besar, mari kita sama2 menjalankan khidmat ehsan ini. Yang paling baik kita ziarah rumah ke rumah kerana dengan itu, kita dapat appreciate bagaimana mereka duduk dan keadaan sebenar mereka. Kalau kita himpun penerima dalam balairaya, kita tidak tahu keadaan kehidupan mereka yang sebenar.
Walaupun saya parti lain, saya tetap Melayu dan tetap beragama Islam. Apa yang rakan2 dalam UMNO rasakan terhadap kes2 orang Melayu, saya pun merasa yang serupa. Tinggal lagi pendekatan dan jalan penyelesaian kita berbeza. Daripada bergasak dan bertumbuk dan berkelahi mengenai perkara ini, baik kita satukan usaha untuk mencapai matlamatnya.
Lihat sahaja wajah2 mereka dari Raub yang lagi satu ini. Ada yang menerima dengan linangan air mata menyebabkan kita turut berasa sayu dan tidak sanggup melihat wajah mereka. Terasa kita mahu bergegas keluar dari rumah mereka untuk tinggalkan mereka bergelut dengan 1001 emosi.

3 comments:

Anonymous,  13 July 2014 at 13:13  

Thanks for making Malaysia a better place. I will make donation within this week. God bless your good heart and work.
When the going get tough, the tough get going. Keep up the good fight.

Anonymous,  14 July 2014 at 16:02  

Dato, kesian jugak rakyat Sabah. Rumah2 daif di pendalaman ketiadaan bekalan api air dll. Itu semua rakyat Malaysia bukan pendatang. Kalau masuk di ceruk kampong di Sabah, tak ubah mcm Kemboja. Org kita kerap ke Kemboja bantu rakyat di sana. Tetapi kita lupa rakyat di negara sendiri masih ramai yg perlukan bantuan mkn minum...

Anonymous,  15 July 2014 at 12:09  

Betul datuk... sy pun buat cara gitu. Walaupun kemampuan sy terbatas. Tiap tahun sy bawak ketua kampung tlg tunjuk rumah org susah utk sampaikan sumbangan n zakat peribadi.

Terasa kepuasan dan keinsafan melihat melihat keadaan sebenar...

Mudah2an Allah memberkati usaha kita.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP