Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 21 April 2014

Masa Depan Melayu: antara ben Ali Arab dan ben Ali Melayu.



Elok lah kita beritahu Syed Ali Alhabshee bahawa kepentingan orang Melayu dan kepentingan semua rakyat dijamin oleh kerajaan yang kita pilih. Baguslah jika UMNO meletakkan penjagaan masa depan bangsa Melayu sebagai objektif perjuangan yang merupakan sebahagian dari keujudan UMNO. Orang Melayu yang sukakan perkara ini bolehlah terus menyokong UMNO.
Kita tidak akan kata pilihan mereka salah- kita hanya akan lawan UMNO.
Kepada kita yang lain ini, kepentingan orang Melayu yang semula jadi mesti diambil kira kerana latar belakang sejarah bangsa ini, jumlah mereka yang majoriti, kepentingan mereka terjamin jika ujud sebuah kerajaan yang didirikan atas prinsip2 yang betul.
Apakah prinsip2 tersebut? Kita bebas memilih sebuah kerajaan yang menjanjikan mereka akan mendukung prinsip kedaulatan undang2, menjanjikan dasar2 yang adil dan saksama. Itu kepada kami lebih penting dari pengistharan. Janji tanpa kapasiti melaksanakan nya tidak berguna.
Syed Ali dan orang2 sepemikiran nya boleh menjerit sekuat hati tapi kalau tidak ada kapasiti, maka mereka tidak termampu melaksanakan apa yang mereka pekik dan jerit.
Objektif semua parti politik ialah mendapatkan kuasa memerintah untuk melaksanakan dasar2 yang adil dan saksama.
Kerajaan bagaimana yang kita inginkan?
Yakni kerajaan yang didirikan oleh kepimpinan yang bermutu yang memerintah mengikut prinsip kedaulatan undang2 yang melaksanakan dasar2 yang adil dan saksama. Kepentingan dan masa depan dilundungi oleh sebuah kerajaan yang baik tuan syed.
Dan kerajaan yang baik, tidak dapat tidak, ditentukan oleh anggota nya yang baik. Pemimpin politik nya yang disiplin, cekap dan dedikasi. Dibantu oleh system kehakiman yang tidak korap dan rasuah, dibantu oleh penjawat awam yang cekap dan tidak rasuah.
Perkara2 ini yang menjamin masa depan orang Melayu bukan penyebutan slogan oleh mana2 parti pun.
Syed Ali AlHabshee memang terkenal sebagai seorang hartawan. Dia juga lantang melaungkan politik UMNO. Dalam UMNO dia boleh dikirakan meriam liar ( loose cannon) yang membedil kepimpinan UMNO yang dipilihnya. Apatah lagi parti pembangkang memang sedia menjadi sasaran dari pemimpin separuh Melayu ini.
Sebetulnya, memperjuangkan kepentingan Melayu tidak bersyaratkan kita mesti UMNO. Dari landasan apa pun, kalau kita Melayu kita boleh bercakap dan berjuang untuk kepentingan sesiapa pun. Yang pentingnya kita ada kapasiti. Kebolehan peribadi + kebolehan institusi + sasaran perjuangan= kapasiti.
Tidak ada orang yang boleh menyatakan perjuangan Melayu Syed Ali lebih tinggi atau superior dari perjuangan Melayu Azmin Ali. Beza antara ben Ali Arab dan ben Ali Melayu ialah yang seorang memekik dan menjerit dan yang satu lagi memilih untuk melakukan nya. dua2 ada kapasiti melakukan nya. buktinya ialah dalam perbuatan.
Terakhir Syed Ali Alhabshee mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan orang Melayu tidak terjamin dibawah PKR. Ini tafsiran nya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Azmin Ali bahawa PKR bukan parti Melayu.
Saya tidak berminat menilai respons Syed Ali ini- ternyata semasa membuat respons tersebut, otaknya tidak berada dalam gear yang betul; Azmin cakap dalam konteks lain, Syed Ali menggunakan dalam konteks lain. Namun, mari kita bincang kaitan antara jaminan masa depan Melayu dengan parti politik.
Percakapan Syed Ali AlHabshee adalah cakap dari orang UMNO untuk orang UMNO dan kepada orang UMNO. Ianya bukan untuk semua Melayu. Orang Melayu yang tidak jumud fikiran dan ada keyakinan diri tidak menerima pengucapan ben Ali Arab ini. Pak habib ini terpaksa bercakap demikian untuk mengingatkan dasar perjuangan UMNO untuk menyekat orang Melayu daripada lari dari UMNO.
Kerana hari ini, orang Melayu mulai sedar bahawa masa depan orang Melayu bukan lagi ditentukan oleh teriakan dan pekikan semboyan perjuangan. Semua orang boleh jerit dan pekik- itu semua bukan jaminan masa depan Melayu terjamin.
Masa depan Melayu terjamin bila ada kedaulatan undang2 yang ditadbir oleh system kehakiman yang tegas dan menghukum secara adil. melayu yang lemah dilindungi dari yang nafsu buas yang kaya dan berkuasa. Masa depan orang Melayu terjamin bila ada keadilan ekonomi. Yakni bila orang Melayu boleh hidup mencari pendapatan yang setimpal dengan  kehendak2 asas mereka. Melayu terjamin bila ada keadilan politik dimana suara mereka mendapat tempat dan tidak disamun oleh pemerintah. Melayu terjamin bila ada keadilan social bila kedudukan mereka dalam masyarakat ada tempat.
Semua ini ditentukan oleh kerajaan yang kita pilih. Ianya ditentukan bila kita memilih kerajaan yang berkualiti yang dipimpin oleh tokoh2 yang bermutu. Itu yang menjamin masa depan bukan sahaja Melayu tapi semua bangsa dalam negara ini dan masa depan negara kita sendiri.

9 comments:

Anonymous,  21 April 2014 at 12:36  

Jadi pada pendapat kamu pilihlah parti pembangkang yang mempunyai kualiti pemimpin lebih baik dari parti yang dalam kerajaan sekarang? Senangnya kamu buat kesimpulan begitu. Kamu ingat ingat rakyat bodoh ke? Parti pembangkang pun 2x5, 5x2 daa!!

Anonymous,  21 April 2014 at 13:21  

ramai keturunan Syed mengaku berasal dari dunia Arab. Benarkah begitu? saya musykil; kebanyakan mereka ini berkulit gelap macam India. Mungkin mereka datang ke Tanah melayu melalui India. Oleh kerana orang Melayu amat menyanjung manusia keteurunan Arab, terutamanya yg dikatakan mempunyai asal usul daripada Rasulullah saw, mereka yang mengaku Syed ini mempergunakan kekaguman ini untuk kepentingan peribadi. Lihat sahaja berapa kerat mereka ini berjuang menentang penjajah?

sri hartamas

Anonymous,  21 April 2014 at 14:59  

Well said Dato'. Upon seeing their reign in a dacaying form. This kind UMNO people would cry wolf just to save their own potbellied skin. There is no real fight left in UMNO. Everybody is for themselves...and RAKYAT continues to suffer.

tebing tinggi,  21 April 2014 at 16:47  


Tidak pulak dinafikan ,servival orang Melayu bukan bergantong kepimpinan UMNO sahaja.
Melayu perlukan saorang pimpinan dan parti yang betul-betul menjiwai dan memahami perjuangan Melayu itu sendiri ,sebagimana DAP memahami aspirasi kaum Cina di Malaysia ini.
Malangnya pemimpin seperti ini sudah tidak terdapat lagi dari kalangan UMNO ,lebih malang tidak terdapat sesuatu pencerahan dari kalangan parti yang lain yang ada.

Sebab itulah Melayu hanya mengambil sikap kekalkanlah apa yang ada ,mungkin kerana jasa-jasa yang terdahulu ,walaupon bukan satu pilihan yang mengembirakan .

Anonymous,  21 April 2014 at 18:24  

Let us face the fact...the sooner the better.

Melayu mesti buang Umno dan pemimpin mereka dalam tong sampah sekiranya malayu nak survive and be competitive in today's world.

Umno dan pemimpin mereka hidup untuk memperbodohkan orang2 melayu supaya masa depan mereka sentiasa terjamin. Orang2 kampong dan warga Felda...dulu, kini dan munkin selama2nya diperbodohkan olih Umno dan pemimpin mereka.

Ini Syed Alhabshi...all noise and no substance lah. He is a 'tin kosong' yg survivalnya bergantung sejauh mana dan selagi mana Umno bolih memperbodohkan orang melayu.

Anonymous,  21 April 2014 at 19:20  

Yang menjahanamkan kaum Melayu adalah kaum Melayu sendiri.

Anonymous,  22 April 2014 at 00:46  

What I don't understand is why YB DAP has to keep bringing in the races into the discussion with half melayu, full melayu and whatever not? melayu vs cina, melayu vs half melayu. Must all discussion be based on races?

As it stand, the Malay are already divided in their political set up. Perhaps YB DAP can enlighten us on how good is DAP for more Malays to join DAP and leave UMNO or is it YB DAP wants more Malays to join PKR while YB is in DAP?

Anonymous,  22 April 2014 at 08:36  

I just hope Dato Sak is really fighting for the Malays as well as for Malaysians from inside DAP.I hope Dato would fight from within is the abolishment of the ChineseTamil schools so that the future generation can integrate from childhood.

Anonymous,  23 April 2014 at 14:49  

I don't understand about rascism in this country. When Malays (I mean not UMNO)talk or demand something for themselves. they are branded as rascist.When Chinese community such as Dong Zong demand for the rights you know what nobody dares to say that they are bloody racist.Why is that Dato Sak...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP