Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 1 January 2014

Melayu: Dari Sang Sapurba hingga zaman UMNO




Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, timbalan menteri yang cakap besar ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Pemimpin UMNO terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam.Kalau tak mampu beli rumah, duduk dalam reban ayam?
Adakah destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang Lebar Daun berjanji janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan nya, adakah destini bangsa Melayu ialah untuk menghamba-abdikan diri mereka kepada golongan bangsawan? Dan UMNO itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan raja2 Melayu zaman dulu kala.
Najib boleh berdolak dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji2 nya- fakta nya dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Berjuta rakyat menerima BR1M majority nya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik UMNO spinkan pemberian BR1M sebagai tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat! P**t*t kau!
Dan timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON 95 manakala yang berpendapatan RM 5000 keatas mengguna RM RM370 sebulan untuk RON95. Tentulah yang bependapatan rendah berbelanja kurang ketas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala yang bependapatan tinggi, boleh belanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800 adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. University mana yang beri Ahmad Maslan CGPA3.8?
Melayu yang kulit tebal macam badak sahaja yang menganggap diri mereka teristimewa sedangkan persepsi umum Melayu itu sinomim dengan orang miskin, peminta bantuan dan sabsidi, rasuah, suka berfoya dan bersukaan,  suka pemberian percuma dll sifat dan perangai2 rendah. Jika perangai seperti ini bukan mengaibkan bangsa Melayu- kita tidak tahu hendak cakap apa lagi. 
Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itu dianggap sebagai ahli UMNO.
Maka mengikut butiran perjanjian asal Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana, jika pihak raja mengaibkan bangsa Melayu- bangsa Melayu wajib mengeluarkan raja tersebut.
Bangsawan dan raja zaman moden ialah UMNO. UMNO telah menconteng arang dan mengaibkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu mesti menentang dan mengeluarkan UMNO pimpinan Najib.
Apa lagi yang dinanti oleh pemimpin Melayu yang tidak setuju dengan UMNO? Inilah masa mereka tampil kedepan, memimpin negara. Sejarah akan mencela mereka kerana duduk berdiam diri.
Hutang negara melebihi siling 55% GDP jika dikira jaminan kerajaan kepada GLC2. Ini disebut sebagai contingent liabilities. Deficit bajet terus besar . kerajaan menjual harta benda rakyat dan menjual gadaian2 dan pajakan kepada pihak ke3. Fitch Rating menurunkan kredibiliti kewangan negara. Kerajaan Najib berbelanja berbilion Ringgit untuk memang PRU13. Wang haram akibat dari rasuah, pemalsuan harga belian, hasil haram yang lain mengalir sebanyak RM80 billion setahun sejak 10 tahun yang lalu. Pendatang haram dan warga asing hantar RM40 bllion setahun kenegara2 asal mereka. Buat duit disini, belanja dinegara asal.Dibawah pengurusan Najib, Malaysia jadi basket case.
Dan kita hendak terima bila orang kata Najib seorang pemimpin yang bagus untuk Malaysia? Metos Naib sebagai pemimin yang unggul hanyalah ciptaan media dan spin oleh penasihat iklan Najib. Najib ialah PM yang lebih teruk dari Pak Lah.
Menyampah kita dengar ada hamba abdi Melayu menjadi galang ganti menjuarai mempertahankan excesses Rsomah Mansor dan megancam mengasari sesiapa yang menegur Rosmah Mansor. Apa polis buat terhadap ugutan2 ini? Polis bukan kerja untuk Rosmah Mansor kan?
Menyampah kita dengar NGO2 Islam marahkan Murphy Pakiam kerana menegur Najib. Adakah Najib itu maksum?. Najib tahukah beza antara ahli sunnah wal Jemaah dan syi’ah? NGO marahkan Pakiam dan mempertahankan Najib kerana dia Melayu? Jika begitu Melayu itu bangsa yang suka mempertahankan rasuah, incompetence, salah laku?
Adakah kerana seorang pesalahlaku itu Melayu, maka apa dilakukan, dimaafkan kerana semata mata dia Melayu? Jika demikian perkara yang selalu saya nyatakan semasa ceramah sudah pun berlaku, yakni, suatu hari, bandingan nya adalah seperti orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri anak2 perempuan kita atau pun isteri2 kita, maka kita katakan- tidak mengapa kerana UMNO itu Melayu. Inilah ekspresi jiwa hamba abdi waris dari Sang Sapurba.
Masa nya sudah tiba kita menggulingkan UMNO sebab UMNO telah mengaibkan anak bangsa Melayu. golongan bangsawan baru (UMNO) yang merupakan golongan 20% teratas, menguasai 52% kekayaan dan pendapatan orang Melayu. Mengapa pula 40% Melayu terbawah hanya berkongsi 12% pendapatan orang Melayu? Macam mana ini boleh terjadi jika semenjak 1946, teriakan UMNO ialah hidup Melayu?
Melayu yang mana hidup, dan Melayu mana pula yang mati?
Bukankah dibawah kerajaan UMNO, bangsa Melayu adalah kaum termundur dalam negara kita? Dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi perlumbaan dalam kehidupan yang lain2, semua tercorot. Melayulah yang teruk sekali. Bukankah ini mengaibkan bangsa Melayu dan mengikut perjanjian antara D.L Daun dan ST BUana, kalau raja aibkan rakyat, maka musnahlah negeri nya.
Sejak tahun 1970 bila UMNO melancarkan DEB, agihan kekayaan sesama bangsa Melayu masih tetap seperti diatas. Ianya membuat kita orang Melayu bertanya, untuk kepentingan siapa sebenarnya UMNO berjuang? Fakta dan kebenaran menunjukkan bahawa UMNO berjuang untuk kepentingan 20% Melayu teratas, golongan rentier class yang menguasai sumber pengkayaan negara ini.
UMNO tidak berani berdepan lagi dengan bangsa Melayu sekarang ini. Ekwiti kekayaan negara sudah lama puak UMNO capai matlamat 30% nya. bukankah syarikat GLC semua nya syarikat milik Melayu dan jika dihimpun kekayaan dan sumber pengkayaan yang dimiliki oleh GLC, bukankah matlamat 30% ekwiti kekayaan sudah lama tercapai? Tapi ianya dinikmati dan dicapai oleh 20% melayu teratas. Yang lain terus ketinggalan. UMNO itu jurucakap golongan 20%.
Usaha utama bangsa Melayu ialah membebaskan diri mereka dari perhambaan minda dan mental yang UMNO lakukan selama ini. Hak orang Melayu ialah perkara yang mereka perjuangkan bukan perkara yang diberi oleh orang lain. Masa depan bangsa Melayu dilindungi oleh kerajaan yang didirikan atas prinsip perintah ikut undang2. Masa depan orang Melayu dijamin dengan melengkapkan diri mereka dengan nilai2 yang menyokong kemajuan bukan yang menyokong belitan dan cengkaman golongan bangsawan Melayu.

30 comments:

pemesan 1 January 2014 at 09:49  

Salam. Bukankah Allah telah melarang kita daripada mempertuankan sesama manusia? Tetapi Melayu ingkar dan sanggup diperhambakan kerana kebanyakkan mereka buta Al Quran. Ada mata tapi buta, ada telinga tapi pekak, ada otak tapi tak guna akal.

bopeng melayu buruk, raub,  1 January 2014 at 10:58  

kita wajib melepaskan minda di konkong oleh umno. tetapi sakmongkol pula wajib melepaskan mindanya dikonkong oleh cina dap. bagi sakmongkol melayu bangsa hampas dan langsung tidak berguna satu sen pun. selamat maju jayalah sakmongkol. kami nak tengok sejauh mana anda baik dengan dap. takut takut dato ini jadi kaldai dap saja.

Anonymous,  1 January 2014 at 14:30  

Rakyat is willing to sacrifice if really need of money. Our forefathers had sacrificed their assets for independence. However our situation is the country is being robbed by our leaders for tbeir living n extravagance. ...yet rakyat being asked to sacrifice.

Anonymous,  1 January 2014 at 19:01  

Setelah mentelaah tulisan YB Dato, saya tidak dapat tidak bersetuju dengan pendapat Dato tentang dilema yang menimpa kebanyakan orang kita Melayu sekarang. Itulah hakikatnya dan kita tak perlu menyalahkan orang lain di atas kelemahan orang Melayu itu sendiri.Soalnya sekarang apa yang perlu kita lakukan bagi membetulkan semula halatuju mindset orang Melayu. Adakah dengan menuding jari ke atas sesaorang itu boleh menyelesaikan masalah sedangkan apa yang dipaparkan adalah hakikat sebenar masalah yang menimpa orang Melayu dari dulu hinggalah sekarang dari segi mental dan fisikal dan silap-silap boleh melibatkan kepada generasi kita akan datang kalau kita gagal membuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini.Dalam hal ini kita tak perlu terlalu emosional dan membuat andaian tanpa bukti kukuh bahawa kelemahan bangsa Melayu berpunca dari pengaruh orang luar khususnya DAP yang sangat ditakuti orang Melayu. Adakah MCA dan Gerakan dalam BN itu bertaraf malaikat dan tidak pernah melukai hati orang Melayu. Oleh itu saya menyeru supaya kita sentiasa membaca dan mengikuti perkembangan hal ehwal semasa di dalam negara kita melalui media citak dan letronik dari kedua-dua belah pihak, pro-kerajaan dan pembangkang. Dengan sedikit kajian kita akan dapat jawapan yang kita cari tanpa bersangka buruk kepada mana-mana
pihak. Secara peribadi, saya lebih takut kepada musuh yang terdapat dalam selimut dari yang di luar yang boleh di tepis sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan.
Kepada YB Dato teruskan usaha murni Dato untuk membuka minda
orang Melayu dan menyedarkan mereka yang masih dibuai mimpi bahawa pemimpin Melayu yang ada di atas singgahsana sekarang ini merupakan penyelamat bangsa Melayu.Malang sungguh nasib bangsaku selagi kita berpendirian sedemikian.

orang kampung

Anonymous,  1 January 2014 at 20:44  

Apa masalahnya dgn DAP. Dah baca perlembagaan DAP ke belum? Atau kamu baca perlembagaan DAP dalam utusan dan berita hairan? Dalam DAP ada semua bangsa. Jika nak tahu parti yg satu kaum sahaja adalah MCA-cina sahaja, MIC-India, Melayu bumiputera -umnob. Dapatkan fakta yg betul dulu baru buat komen.

Anonymous,  1 January 2014 at 20:55  

Dato,

Saya tidak pernah miss mengikuti tulisan Dato dan saya amat faham apa yg Dato cuba sampaikan.

Teruskan usaha.. Masa akan menentukan kebenaran yg Dato tulia selama ini.

Dato bukan hanya sekadar mengulas malah Dato memainkan peranan untuk mengubah minda orang melayu dan juga pandangan bangsa lain terhadap dilemma orang melayubdi bawah ini.

Ada komen mengatakan Dato beremosi. Pada saya sebagi pemimpin yg nampak situasi bagaimana pemimpin melayu memperkudakan melayu diatas nama melayu maka memang amat wajar Dato

Anonymous,  1 January 2014 at 22:46  

Saudara bopeng yg saya hormati,
Kalau bercakap, guna akal.
Jangan sia siakan kebolehan memahami sesuatu perkara secara kritis dan berhujah berasaskan fakta.
Saya yakin sedara bopeng boleh buat.

Anak benta

bruno,  2 January 2014 at 00:07  

Leadership is very important,especially for an opposition party positioning itself to takeover control of government.

What can the PR coalition offer the people of Malaysia in terms of leadership?A prime minister in Anwar and his blue eyed boy Azmin in tow as his deputy.

If these names do appeal to Malaysians as a whole,Umno/BN will already have taken up permanent residency in the hard wooden opposition benches of parliament.

It is time for the PR component parties to get serious,very very serious in their selection for the top leadership to lead the coalition.If the top leadership do not appeal to the voters,no matter how good some component party will perform will not help in the wrestling of federal power.

Good for nothing greedy warlords,causing dissent and disunity among party members must be discarded at the earliest convenience.That is if the PR is serious enough to even had a thought of having a sniff of Jibby's office corridors.Or else kept on dreaming till the cows come home and have great great grand babies.

Cahaya Qalbu,  2 January 2014 at 00:41  


UMNO yang mengamalkan sistem feudalisma dan kleptokrasi sebagai pentas perjuangan perlu ditentang dan ditolak kerana jangka panjangnya negara dan bangsa Melayu khususnya tidak boleh maju kehadapan dengan cara pemimpin pemimpin mereka menakut-nakutkan rakyat dengan perkara-perkara yang telah tertera di Perlembagaan Persekutuan, yang akhirnya akan merugikan rakyat, terutama bangsa Melayu.

Kini semakin ramai rakyat Melayu yang cerdik telah sedar tentang tindak-tanduk pemimpin-pemimpin UMNO menyalah-gunakan jawatan-jawatan mereka untuk menjadi kaya raya cara rasuah dengan bermodalkan mandat rakyat. Bila ramai Melayu yang cerdik sedar dan marah, mereka pula dituduh pengkhianat bangsa dan Negara !!!

Kenapa kah meninggalkan UMNO dianggap sebagai dosa besar bagaikan seorang Islam yang murtad dan akan ditindas tetapi pemimpin pemimpin mereka melakukan rasuah-rasuah besar tidak pula dihina dan didakwa, sedangkan itulah pengkhianatan yang paling besar kepada agama, bangsa dan negara ???

Melayu yang benar benar mencintai agama, bangsa dan negara disarankan mengubah persepsi mentaliti untuk memastikan Melayu masih relevant pada masa akan datang. 56 tahun UMNO memerintah, Majoriti Melayu semakin tenggelam dari segi ekonomi dan pendidikan. Sudah tiba masanya Melayu mengubah sikap, cara berfikir, bertindak, merancang dan membangunkan Melayu menggunakan acuan baru.

Apa yang bangsa Melayu memerlukan kini ialah satu kaedah baru untuk menuju wawasan kejayaan sebenar. Janganlah masih berharap kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang kerana mereka tegak pun diatas kejahilan majoriti Melayu yang telah di ‘brain-washed’ oleh mitos Hikayat Hidup Melayu.

Dua generasi Melayu telah dimanipulasi dan diperkudakan, Berhijrahlah kesatu wadah baru untuk memajukan Melayu menjadi umat yang lebih berdisiplin dan berkualiti terhadap agama serta berminda progresif kearah masa hadapan yang lebih cemerlang untuk dunia dan akhirat!

Kemewahan hidup pemimpin pemimpin UMNO membuktikan ianya adalah parti yg mementingkan kaum kerabat & kroni, penipu dan ramai perasuah-perasuah tegar yang menyalah-guna kuasa serta merantai hampir kesemua agensi awam utk menutup aktiviti-aktiviti kedurjanaan mereka.

Kerana popularitinya yang kian menurun UMNO cuba memberi gula-gula@BRIM atau imbuhan-imbuhan lain. Mana rakyat yang layak disilakan ambil kerana ianya bukan duit UMNO tetapi duit rakyat juga, tetapi Melayu wajib MENOLAK UMNO yang tidak lagi amanah mengurus harta rakyat/negara, hatta memberitahu kepada UMNO yang kita mempunyai pendirian, maruah diri dan juga untuk kebaikan masa hadapan dan kepentingan generasi akan datang!!!

###

CQ…

the cuckoo guy who know's,  2 January 2014 at 05:54  

Kenapa Melayu kena tipu tiap tiap kali.

Because they wanted to be led by their noses.This is known as herd mentality.

Anonymous,  2 January 2014 at 05:55  

Salam.

Masalah yang Melayu hadapi sekarang berpunca daripada minda feudalistic sejak turun temurun. Rata rata di dunia, bangsa yang terlalu fedalistic ialah bangsa yang tidak maju. Ini adalah kerana minda mereka tidak akan merdeka.Mereka akan mengikut pemimpin mereka dengan buta tanpa memikirkan samaada pemimpin mereka itu betul atau tidak. Keadaan begini tentu menguntungkan pemimpin kerana pengikutnya sedang diperintah.
Umno telah mengunakan taktik ini dengan sungguh berjaya dan ini adalah intipati tulisan Dato. Sesiapa yang tidak ikut "perintah"/"arahan" akan digelar penghianat, atau disuruh keluar dari Malaysia seolah-olah Malaysia milik mereka.

Yang tidak mengikut "arahan" umno ialah mereka yang berminda merdeka. Inilah orang-orang yang umno tidak boleh tahan kerana mereka susah diperintah. Mereka tahu dan pandai menilai segala tindak tanduk umno.

Orang Cina/India telah celik matanya tentang tindakan tindakan umno yang merugikan negara dan mereka menyatakan pendirian dengan undi mereka. Mereka sanggup beri sokongan kepada PAS, sebuah parti yang mereka takuti sekian lama hasil daripada taktik umno yang menakut-nakutkan mereka. Tetapi Melayu masih takut dengan DAP,ini juga ialah hasil daripada taktik yang sama.Ini menunjukkan minda Melayu masih terikat dengan umno. Bilakah minda melayu akan merdeka? Sewaktu minda melayu dibuka,waktu itulah melayu akan mara ke depan.
Satu lagi taktik membelenggukan minda Melayu ialah permainan kedudukan istimewa Melayu. Ini ialah candu yang diberikan oleh umno kepada bangsa melayu. Umno gunakan isi ini untuk terus menakutkan melayu.Tetapi melayu tidak pernah memikirkan adakah ia menguntungkan atau merugikan Melayu. Kalau menguntungkan, mengapa Melayu masih ketinggalan di banyak bidaing ? Kalau kroni-kroni umno gunakan kedudukan istimewa untuk mendapatkan kontrak dan untung atas angin, adakah ia mengutungkan melayu ? Kalau banyak peluang busines diberikan kepada serong dua melayu saja, adakah ia menguntungkan Melayu ? Melayu tidak pernah berhenti dan fikir tentang hal ini, tetapi sebaliknya mengikut buta tuli pelunjuk umno untuk terus menyalahkan pihak-pihak lain.

Bila kedudukan umno terancam ( maksud kedudukan elit umno terancam, maksud peluang mengaut kekayaan terancam), pemimpin umno akan memekik kedudukan istemewa melayu terancam dan melayu akan beremosi tinggi dan terus beri sokongan buta kepada umno.Wahai Melayu, senangnya dimainkan kerana minda yang masih tidak merdeka!Umno tidak berniat membina kekuatan melayu, khasnya kekuatan minda, kerana melayu yang lemah ialah melayu yang senang diperintah.

Anonymous,  2 January 2014 at 07:36  

Setuju dengan analisa Dato Sak. Memang Melayu sudah dikonkong mindset umno baru tp buta perut tak sedar hingga ke hari ini. Yg mereka hendak mempersalahkan ialah orang lain seperti DAP bukan diri sendiri. Yang membuat 20% Melayu tu kaya sedangkan yang lain miskin ialah polisi umno baru juga kerana selama ini merekalah yang memerintah dan polisi kerajaan dibuat oleh mereka bukan DAP. Sebagai contoh, Towkey Astro kaya, towkey Genting kaya, towkey beras kaya berdasarkan keputusan siapa kalu tak umno baru. Bukan DAP yg kasi. Jadi jangan salahkan orang lain tengok diri sendiri dulu.

the mean machine,  2 January 2014 at 07:56  

Now that the people are really angry,with the impending utilities,toll and tax increases the Umno elites are running scared,real scared.

Now they are coming out with statements of trying to soften these increases by maybe giving crumbs of leftovers to the rakyat.That is their motto.When things go wrong give crumbs of handouts,and all the gomen's problems will go away.

Will the people especially the poorer ones who will be the hardest hit take the bait.Of course they will.If not how come Umno/BN is ruling the country for fifty six years,with many more to come.

Anonymous,  2 January 2014 at 12:05  

Aku ingin juga menyertai dlm debat ini: mengapa melayu masih mundur sungguhpun DEB sudah berjalan sekian lama; dan dibawah DED banyak billion $ sudah diperuntukkan ke arah mengurang jurang diantara kaum di Negara ini.?? Akan tetapi dapat dilihat bahawa golongan yang memimpin termasuk anak buah cuc cakat dan krooni mereka ternampak makin kaya makin tahun sehingga ada komen yang kata mereka itu pandai buat bisness itu sebap nya mereka kaya. Bahkan hutan sudah ketidak kayu kayan lagi, banyak gunong-ganang sudah gondola tanpa hutan asli lagi, dan makin tahun makin Negara kita alami deficit dan odit Negara sebut ketilisan dan pembanjiran wang di sector awam. Kalau bukan benar kata Dato Sangmonkol itu mengapa bergitu? Bukankah Negara ini dipimpinkan melayu. Jadi kalau semua yang jahat itu berlaku semasa Negara dipimpin oleh pimpinan melayu siapa lagi boleh dipersalahkan kalau bukan pemimpin melayu itu sendiri. Nasihat aku ambil kritikan sebagai pertanda baik. Yang kritik itu kerena mereka taku Negara kita turun ke keadaan yang tidak boleh dikawal lagi. Itu akan membawa semua merasa susah dan sakit, dan termasuk melayu juga. Kritikan Sakmongkol itu memang wajip. Dan apa salahnya pemimpin Negara kita dengan dari orang bawah. Jangan hanya nak dengan nasihat dari atas dan dari yang ada kerabatan saja. Anak Sarawak

Anonymous,  2 January 2014 at 12:54  

Bopeng raub. Dulu mak ayah suruh belajar taknak. Kamu malas. Sebab tu tak faham artikel ini. Aku tengok dia membela melayu yg di bodohkan dan yg di aniayai. Takde pun dia cakap pasal kepentingan cina. Dia bela melayu yg umno tak peduli dan golongan yg pemimpin umno tak kisahkan. Bodoh punya bopeng. Agaknya klu ketua umno masuk rumah dia dan tidor dgn anak perempuan dia..bopeng kata ok sebab benih melayu umno. Hidup melayu

Anonymous,  2 January 2014 at 21:11  

Sak, Si Bopeng dari Raub diatas tu bopeng muka ke, atau bopeng otak? Bopeng muka memanglah buruk, bopeng otak lagi teruk! LOL!

~ Bopeng tapi Handsome

Anonymous,  2 January 2014 at 22:16  

Tuan Sak, ini semua penindasan elit melayu terhadap rakyat biasa berbangsa melayu.Pernindasan ini dalam serba serbi kehidupan bangsa melayu itu iaitu penindasan politik, penindasan ekonomi, penindasan sosial, penindasan agama dan bangsa, penindasan kewarasan pemikiran bangsa melayu.Saya amat berminat untuk memikirkan penyelesaian terhadap krisis penindasan elit melayu kepada majoriti bangsa melayu iaitu berkaitan penindasan terhadap kewarasan fikiran bangsa melayu (intelektual/akedemik).

the cuckoo guy who know's,  3 January 2014 at 00:36  

Jais has now seized bibles in the Malay language and in the state of Selangor.And Selangor is under the PR state gomen.Are these PR politicians jantans without telors,letting these little napoleans running wild like horny dogs after bitches.

How stupid can these Jais chaps be.These seized bibles are mostly for the christians in Sabah and Sarawak,whom many are kept stupid,cannot read or speak in the English language.So as to keep these two states in the fix deposit states of Umno/BN.

Yet,they deprive them of their Malay language bibles,the only language they know how to speak,besides their ancestrial dialects.So there will be no more fixed deposit states left for these dunggus.

Anonymous,  3 January 2014 at 11:17  

Dato
Orang Siam atau Jawa sahaja boleh bertindak untok menghalau pemimpin2 Ahli Sunnah Wal Jamaah UMNO Baru dengan berkesan. Orang Melayu sudah menjadi lembu.

Anonymous,  3 January 2014 at 14:53  

YB.Sakmongkol,
Melayu terkelakang,Melayu minda mudah di gertak dan di takutkan, Melayu miskin, melayu kurang cerdik, melayu mudah di gula gulakan, melayu itu dan melayu ini. Nak salahkan siapa...MELAYU salahkan DIRI SENDIRI dan Bangunlah dari tidor. Sebenarnya melayu amat MANJA, TULANG TAK CUKUP KERAS! NAK MUDAH DAN SENANG AJA. SIAPA YANG DIDIK!SENDIRI LAH MAU TANYA?.CAKAP BAHASA SENDURI SEGAN !. INI lah padah nya ditunggang maka jadi tunggang llanggang, nak berlanggam pun tak mampu . Nampak nya jadi pemerhati saja lah lepas itu hisap jari, mulut mula merepek.aaaa.....aaaaa.

Itu lah padahnya. Teruskan Sak mongkol untuk mencwlikkan.

Anonymous,  3 January 2014 at 16:47  

Very well written dato'. Cuma kita dah tahu "pukimak2" ni won't give a damn. Anak2 haram jadah ni akan lebih berani mengkaut dan merompak apa yang ada. Ini ada kerana masih ramai lag haiwan2 macam muka bopeng dan menteri gpa 3.8 tu.

Anonymous,  3 January 2014 at 17:36  

Si Najib & puak-puaknya yang berotak udang telah menjahanamkan kaum Melayu & akan membinasakan negara kita jika dibiarkan begitu saja. Marilah kita semua sama-sama menyokong Pakatan Rakyat membantah GST, kenaikan tol,minyak, elektrik & isu-isu yang akan membebankan rakyat.

Anonymous,  4 January 2014 at 08:11  

Adalah dipercayai penyenaraian FGV di bursa memberi habuan kpd beberapa VVIP. Najib beriya2 mahukan FGV dilisting walaupun apa cara. Sehari selepas listing Genting memegang sementara saham FGV secara poroksi sebanyak 405 juta unit dan kemudian dlm tempoh beberapa hari Genting menjual saham ini. Dilaporkan KWSP, KWAP, Tab Hj dll dikerah membeli saham ini secara pukal & untung la kpd pihak yg menjual. Kabarnya ada VVIP mendapat duit atas angin beratus juta. Agaknya duit ini kah digunakan utk membeli kondom??? Sengaja gunakn perkataan kondom sbb kondom di US mahal berbanding kondom di negara ini......!!!

Anonymous,  4 January 2014 at 08:25  

Satu ketika nanti Felda akan punah di tangan Menteri yg jaga Felda iaitu Najib. Satu hari nanti Felda tiada sumber dana utk jaga peneroka. Pada ketika itu baru lah Najib terhantuk di kepala sebab mengkhianati perjuangan ayahandanya. Satu masa nanti penroka akan sedar FGV merosakkan Felda & Koperasi Permodalan Bhd yg menjadi tempat sandaran peneroka utk melabur. Satu hari nanti Koperasi milik peneroka ini akan lingkup di tangan Najib sebagaimana nasib KUB, Shamelin, Mulitipurpose, Maika dan lain2. Satu hari nanti isa Samad akan bungkus setelah Dana Felda habis. Satu hari nanti UmNO akan lingkup ketika duit Felda sudah kontang & menadah tempurong meminta sedekah Dari org lain. Ini lah kerja Najib menjadi pengkhianat kpd bangsanya sendiri!!!

Anonymous,  4 January 2014 at 08:40  

sak,

Inilah akibatnya. Ada pemimpin umnogok seperti kaki kelentong, pemungkar, kaki pedooh, macam mana spesis ini boleh jadi calon wakil rakyat. Sekolah pun tak seberapa, srp pun tak ade, yang ada kepandaian kaki pungkar. Dato sak tahu kan wakil rakyat ni?. Apa ilmu di gunakan nya. Ini rosak nya. Bukan setakat tu saja, bila tiba musim pemilihan mula lah tibai sama sendiri, spesis ni nun ada di ulu senon, tempat besar banyak hutan, kemajuan hem... Tekebelakang. Kerja nya asik meraboh tanah lah, balak lah, lombong besi lah, malah kertas pun di jual, menyorok dibawa pencacai nyapergi umrah atau seberang. ini kah spesis pemimpin yang Melayu hendak.... bila lah Melayu segala nya nak berubah!,

Anonymous,  4 January 2014 at 10:05  

DiEngland parti England untuk orang putih bernama National Front dipimpin olih Enoch Powell dan diAustralia One Nation party yang Australia untuk orang putih yang dipimpin olih Pauline Hensen dah lama padam termasuk Pauline dipenjarakan kerana semangat kebangsaan membabi buta tanpa mengikut order dunia dah ketinggalan zaman.UMNO sedar ni tapi apa nak buat kerana dah terbabas dan dah sedap pun menikmati nikmat dari kebodohan penyokongnya yang terdiri dari orang melayu totok dikampung .Bila MCA cadangkan buat PEMANDU dan PEMUDAH umno sokong 100% dan wujudkan pula TERAJU dan YAYASAN PENDIDIKAN TERAJU khas untuk orang melayu.PEMANDU dan PEMUDAH dah berjaya tapi TERAJU cakap bilion2 tapi habuk saja .Mana kita dengar Teraju lagi kerana rakyat yang mengharapkan janji2 dah hilang keyakinan dan berharap orang2 melayu kampung sedarlah tipu helah UMNO dan bukalah minda dan belajarlah ugama sikit kalau tidak sampai kiamat melayu kampunglah yang sebenarnya perosak bangsa melayu kerana menyokong kumpulan elit UMNO untuk berterusan memutarbelitkan untuk untung peribadinya...Melayu kampung yang bangang ni dari Johor,Melaka ,Negeri Sembilan dan pahang saja yang lain tu dah sedar. Jadi macam orang putih diEngland dan diAustralia yang siang2 dah sedar parti yang pentingkan bangsa memang tak bolih kemana pun .

Anonymous,  4 January 2014 at 16:17  

UMNO yang menimbulkan masalah Kalimah Allah - mereka salah issu ini, mereka salah mengenai rasuah, Pendidikan, GST, Toll, harga eletrik, air, Proton, dll..- semuanya bakal sama berbau kesalahan UMNO..

Yang menuntut Kalimah Allah, lebih baik mereka menuntut dari Mahathir harta dia sebelum tidak cukup untuk menyelesaikan masalah yang bakal mereka hadapi bila semuanya berbau dari kelakuan UMNO..

Anonymous,  6 January 2014 at 05:44  

Cuckoo,

No wonder you are luke cuckoo because you failed to respect Selangor state directive and what is not allowed id noy allowed maa...Simple.Now who is dunggus.?.

No wonder PR cannot win Sabah and Sarawak.

NM

bumi-non-malay 6 January 2014 at 07:33  

Disinilah masanya orang melayu tulin perlu hitung dan kaji sejak bila ada perbutan Keji, kejam UMNO ni akan tamat......Z Hamidi ingat dia terror sekarang......pandai suruh tapi tak ada kait...macam dulu Megat Junid.....tengoklah hidup Megat Junid Sekarang...berapa body guard kena bayar setiap tahun....

Yang paling perlu di bongkar dari mana orang suruhan ini dapat order mereka....siapa panggil UTK Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar ledak C4 kat Altantuya..... Siapa Panggil Jabatan Imigresen bagi Delete dari semua IT backup kemasukan Altatuya kat Malaysia....

Siapa panggil itu Officer (sekarang hidup dengan teruk kerana dah tahu mereka yang interview TBH) seksa dan tolak Teoh dari bangunan....

Sekaran pulak Kita kena bagi Cam dan ingat muka orang JAIS yang berani buat tindakan Liar itu.....hidup dia akan bertukar serta merta macam itu MACC officer dan Kalau pembunuh Altantuya dilepaskan....mereka juga akan terima Balasan....dari Mat Kilau......sesiapa yang berani buat perbuatan jahat-liar UMNO perlu tanggung seumur hidup kehidupan susah mereka....SENDIRI kerana kalau Lapor perbuatan Liar awak atas suruhan UMNO kat Polis....polis akan Lokap awak...sebab UMNO akan Buat TAK TAHU dan terus Seksa awak......sebab nyawa awak bukan kepunyaan sendiri lagi.....ha ha ha...buat lagi lah perbuatan Liar UMNO!!...Ajaran dari Mat Kilau akan berterusan!!

Anonymous,  12 January 2014 at 17:12  

Saya menyokong kesunggohan Sakmongkol memberi pandangan terhadap isu2 semasa mimlamalipyawau ....cara perhebahannya masih di tanah air sendiri tapi ada setengahnya yang hanya berani bila berada dan hidup di sebelah amerika utara (california) dan juga di benua australasia...So YB Dato l salute you....may be when PRU14 arrive UMNO will be history .... insha allah

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP